• CONTACT US
  • SITE MAP
  • ENGLISH
top

Spine Science

Home > R&D > Sains Tulang Belakang

카이로프랙틱(척추교정요법)

Kiropraktik berasal dari perkataan Greek iaitu “Cheir” yang bermaksud “tangan” dan “prattein” pula bermaksud “rawatan”. Ia adalah perkataan yang biasanya digunakan dalam rawatan perubatan yang hanya menggunakan tangan tanpa sebarang pembedahan atau ubat-ubatan.Walaubagaimanapun, kini perkataan tersebut telah diguna pakai dalam bidang rawatan pembetulan tulang belakang. Kaedah ini mula dikenali di dunia pada sekitar tahun 1895; Dr David Palmer memperkenalkan prinsip rawatan Kiropraktik iaitu perubatan berasaskan sains tulang belakang. Pada masa yang sama, terdapat juga kaedah-kaedah rawatan lain seperti terapi urutan, terapi air, terapi cahaya, rawatan magnetik, homopati dan sebagainya. Apabila disk yang terdapat di antara setiap sendi tulang belakang termampat, ia akan memberi tekanan dan himpitan kepada mana-mana 31 pasang saraf spinal yang terhubung dari saraf tunjang. Himpitan ini boleh menimbulkan masalah pada fungsi organ tubuh badan. Kiropraktik adalah kaedah membetulkan semula struktur tulang belakang secara saintifik dengan menggunakan tangan, ini membantu tubuh badan untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan secara semulajadi.

Kaedah ini telah pun diiktiraf sebagai kaedah perubatan yang formal di lebih daripada 75 buah negara di seluruh dunia. Kiropraktik adalah satu kaedah rawatan yang membetulkan bahagian tulang belakang dengan menggunakan tangan atau alat rawatan tertentu. Sekiranya tulang belakang membengkok, ia akan mengakibatkan saraf spinal terhimpit dan menyebabkan komunikasi antara otak dan organ-organ badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Penyakit moden yang sering dihidapi pada masa sekarang seperti lumbago, tinnitus dan masalah saraf autonomik tidak berfungsi adalah berpunca daripada masalah tulang belakang yang bengkok atau tidak lurus. Dengan mengembalikan semula bentuk asal tulang belakang yang teralih atau membengkok, ia akan membetulkan semula sistem saraf, meningkatkan fungsi organ, melancarkan fungsi kelenjar limfa, menguatkan sistem imunisasi badan juga mencegah dan melambatkan proses penuaan.

Berikut adalah keputusan kepada penyelidikan yang telah dibuat dan diterbitkan melalui usahasama Persatuan Kiropraktik Antarabangsa merangkap Pusat Kajian Kiropraktik dan Institut Kiropraktik Palmer.

온열치료

Terapi haba biasanya adalah satu kaedah terapi yang mengalirkan kepanasan kepada tubuh melalui sesuatu medium samada menggunakan pasir, lilin parafin, mandi air suam, mandian haba dan mandi wap. Untuk kaedah haba sinaran pula, terdapat terapi mandian cahaya elektronik, kaedah sinaran UV dan kaedah frekuensi tinggi. Kaedah terapi haba membantu memperbaiki peredaran darah, juga meningkatkan kadar metabolisma badan di samping mengurangkan rasa sakit, tekanan pada otot dan ia amat amat dikenali sebagai satu kaedah yang dapat memperbaiki masalah arthritis(sakit sendi), sengal-sengal otot dan pelbagai lagi penyakit kronik yang lain serta amat baik untuk meredakan

keletihan. Tujuan utama kepanasan diberikan kepada badan adalah untuk melancarkan peredaran darah dengan meningkatkan suhu tubuh badan. Sekiranya suhu badan menurun walaupun 1°c kita akan mula didatangi pelbagai penyakit.

Terapi Haba
① Meningkatkan keupayaan tisu badan.
② Membantu mencegah keradangan sendi.
③ Membantu menghilangkan rasa sakit.
④ Membantu menghilangkan ketegangan otot.
⑤ Meningkatkan peredaran darah.
⑥ Mengurangkan simptom keradangan dan edema.

지압

Sejak zaman dahulu, kita sudah biasa menyentuh, menggosok dan menekan sekitar bahagian yang terasa sakit. Dan ketika proses tersebut dilakukan berulang kali, kita mendapati keberkesanan gerakan tersebut dalam melegakan beberapa penyakit. Dari situlah bermulanya terapi tekanan menggunakan jari (Finger Pressure Theraphy). Hakikatnya, terapi tekanan dari jari ini (finger therapy) bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini lagi. Lazimnya, istilah terapi tekanan dari jari ini juga sangat dikenali sebagai Terapi Urutan Timur (Eastern Massage Therapy).

Bermula dengan rawatan ini akhirnya terciptalah kaedah rawatan lain yang menggunakan alat rawatan sebagai medium menggantikan rawatan menggunakan tangan – acupuncture(tusukan jarum pada titik tenaga) dan moxibustion(kaedah terapi kepanasan/bertungku pada titik tenaga). Istilah terapi tekanan dari jari pada asasnya dibuat berdasarkan konsep rawatan timur yang menekan pada titik-titik acupuncture, namun ia turut ditambah dengan unsur urutan barat dan konsep rawatan alternatif Kiropraktik.

Terapi Tekanan menggunakan Jari (Finger-pressure therapy)
① Melancarkan darah dan kelenjar limfa, ia boleh meningkatkan kadar metabolism tubuh.
② Menenangkan otot badan, menghilangkan tekanan pada otot-otot yang tegang.
③ Membetulkan ligamen, otot, dan tendon.
④ Merangsang titik-titik tenaga (acupuncture point), organ-organ badan dapat dikawal.
⑤ Mengawal sistem saraf tunjang, sistem saraf autonomik iaitu sistem terpenting di dalam tubuh badan manusia.
⑥ Mengawal kegagalan fungsi endokrin, membantu menghilangkan keletihan.

Terapi Tekanan menggunakan jari sangat bagus untuk menghilangkan keletihan, sakit kepala, insomnia, sakit bahu, senggugut, keletihan mata dan mencegah “kesejukan”. Ia juga bagus untuk mengawal berat badan dan membantu mengekalkan keanjalan kulit.

뜸

Bertungku adalah salah satu cara terapi haba yang bermula dengan memanaskan secara sederhana pada bahagian yang sakit. Ini ditambah dengan pelbagai jenis herba perubatan untuk merawat. Teori yang digunakan adalah berdasarkan laluan tenaga(meridian pathways) dan titik-titik tenaga(acupuncture point). Kaedah ini dicipta sebagai kaedah memberikan rangsangan pada bahagian badan yang berkaitan dengan titik acupuncture yang dirawat, di mana ia adalah rawatan yang berkesan sama seperti rawatan farmasi. Pada hari ini, moxibustion(tungkuan pada titik tenaga) telah dikenali sebagai satu kaedah perubatan yang boleh memperbaiki fungsi organ-organ badan.

Keberkesanan Moxibustion
① Mengaktifkan sel-sel
② Membantu meningkatkan peredaran kitaran darah
③ Memperbaiki komposisi kandungan darah
④ Mengawal penghasilan hormon
⑤ Mengawal sistem saraf
⑥ Mengawal fungsi organ dalaman
⑦ Menghilangkan rasa sakit

Tiang akan memastikan binaan sesebuah rumah itu kukuh. Jadi, apakah tiang kepada tubuh badan kita?

척추는 우리 몸의 기둥

Tulang belakang adalah tiang kepada tubuh badan manusia. Oleh sebab itu, sekiranya kita mempunyai masalah dengan tulang belakang, pelbagai penyakit akan mula menghampiri dan kita perlu memperbaiki masalah tersebut. Jadi, bagaimanakah bentuk tulang belakang dan apakah peranannya?

생명선을 보호하는 중심축

Terdapat 31 pasang saraf spinal yang berhubung dengan saraf tunjang dan saraf yang mengawal deria-deria, pergerakan, postur, suhu badan, degupan jantung, pernafasan, kadar gula dalam darah pelbagai lagi fungsi lain.

척추 건강은 인생 건강의 기본

Struktur tulang belakang kita pasa asalnya berbentuk S. Dengan struktur semulajadi yang sedikit berlengkung, badan kita ditampung dengan baik oleh postur badan yang seimbang dan tepat. Oleh sebab itu, kita tidak sepatutnya menderita dari penyakit lumbar, bahu dan lengan. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh amalan tabiat buruk, melakukan senaman dengan cara yang salah, tekanan(stress), kemalangan, dan masalah keturunan. Gangguan pada struktur tulang belakang(struktur tulang yang tersisih) menyebabkan saraf-saraf pada tulang belakang terhimpit dan ini menjadi punca utama berlakunya masalah sakit pinggang(Lumbar) dan juga pelbagai penyakit-penyakit lain. Dengan ini kita boleh lihat kaitan kepentingan tulang belakang dalam kesihatan kita.

척추의 역활


우리 몸의 생명선, 신경계

Apabila rangsangan seperti cahaya dan bunyi mengenai deria seperti mata dan telinga, maklumat berkaitan rangsangan itu dihantar ke otak dan saraf tunjang dengan kelajuan yang tinggi melalui saraf periferi. Proses ini membuatkan kita dapat merasai sesuatu melalui deria rasa. Saraf utama menghantar arahan atau maklumat yang tepat kepada setiap bahagian otot atau organ bagi mengawal keseluruhan fungsi tubuh

badan. Saraf pusat menerima pelbagai jenis rangsangan daripada setiap sudut tubuh badan dan badan bertindak balas mengikut arahan yang diberikan otak dengan betul. Otak, saraf tunjang dan saraf periferi ini dinamakan sebagai sistem saraf. Saraf tunjang menghantar maklumat yang diterima oleh badan melalui sarafperiferi kepada otak. Ia menghantar arahan dari otak kepada organ-organ badan. Saraf tunjang memainkan peranan ini kerana otak tidak boleh menghantar arahan secara terus kepada anggota-anggota badan. Saraf tunjang sebagai pengantara yang menghubungkan otak ke seluruh anggota badan. Malahan isyarat yang dihantar dari otak ke saraf tunjang dipindahkan dengan sangat pantas.

신경계의 부모 중추신경계

Secara umumnya, sistem saraf utama terbahagi kepada dua iaitu saraf pusat dan saraf periferi. Sistem saraf pusat adalah merujuk kepada otak dan saraf tunjang; otak terletak didalam tempurung kepala iaitu serebrum, otak tengah, otak dalam dan sereblum. Saraf tunjang adalah saraf yang terletak di dalam tulang belakang dan bersambungan hingga ke pangkal otak.

중추신경계의 자식들 말초신경계

Ia merujuk kepada semua saraf-saraf kecil yang berhubung dengan otak dan saraf tunjang, dia menjalar ke seluruh organ dan tisu-tisu tubuh badan. Sistem saraf periferi terbahagi kepada sistem saraf somatik(subjek menerima arahan dan dikawal terus daripada otak), dan sistem saraf autonomik(subjek tidak dikawal oleh otak)

대뇌 말을 잘 듣는 체성신경계

Sistem jaringan sarafnya berasal dari otak dan menjalar ke seluruh bahagian badan. Sekiranya, saraf tersebut berasal dari otak, ia dipanggil saraf kranial(saraf serebral), dan jika ia berasal dari saraf tunjang ianya dipanggil sebagai sarah spinal. Terdapat 12 pasang saraf kranial yang menghubungkan otak dan bahagian-bahagian muka. Saraf spinal yang menghubungkan saraf tunjang ke badan dan anggota-anggota badan yang lain pula terdiri daripada 31 pasang saraf.

대뇌 말을 잘 듣지 않는 자율신경계

Sistem saraf autonomik ini menghubungkan jantung, saluran darah dan sistem penghadaman.Ianya merupakan satu sistem saraf yang mengawal tindakan luar kawal manusia; ia mengawal fungsi organ dalaman dengan sendirinya tanpa dikawal oleh otak. Sistem saraf autonomik adalah gabungan saraf simpatetik dan saraf para-simpatetik. Biasanya, apabila satu bahagian meninggi, sebelah bahagian pula akan menurun. Contohnya, jika degupan jantung berdegup laju oleh sistem saraf simpatetik, saraf para-simpatetik akan menjadi perlahan.


Ada yang berpendapat untuk menjadi sihat kita perlu minum banyak air. Tidak ada yang lebih baik daripada air untuk membantu meningkatkan kelancaran pengaliran darah. Manusia akan mati sekiranya darah tidak lagi mengalir. Oleh sebab itu, darah dianggap sebagai air kepada manusia. Walaubagaimana pun, sekirangya tulang belakang menbengkok atau tidak berada di postur yang betul, semua saraf yang menghantar darah akan menjadi bermasalah. Hakikatnya sangat mudah untuk kita ketahui bagaimana tulang belakang yang bengkok menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit.

피가 돌아야 생명이 돈다

Kebanyakan daripada darah dihasilkan di bahagian tulang belakang. Oleh sebab itu, sekiranya struktur tulang belakang tersisih dan tidak lurus, darah tidak dapat dihasilkan dengan baik, dan bagi saraf spinal pula - yang merupakan sistem saraf yang mengawal kitaran darah akan mendapat tekanan(terhimpit), boleh menimbulkan pelbagai masalah kepada organ-organ badan, serta melemahkan sistem pengaliran darah tubuh badan.

Jadi, jika kita merawat punca penyakit, bolehkah peredaran darah ditingkatkan?

Malangnya, persekitaran kita menyebabkan kita tidak boleh mengelak daripada semua halangan yang mengganggu kelancaran sistem peredaran darah. Kehidupan yang penuh dengan pencemaran alam sekitar, makanan yang tercemar dengan pelbagai perisa tambahan dan dikelilingi pula dengan toksik kimia, merupakan faktor besar yang menjejaskan sistem peredaran darah yang baik.
Kesemua pencemaran ini ditambah lagi dengan tekanan(stress) meningkatkan kekotoran didalam darah,dan ini menjadi punca kita mudah jatuh sakit. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali kerana hakikatnya tidak ada seorang pun di antara kita yang bebas sepenuhnya daripada penyakit. Melalui konsep perubatan barat, dikatakan bahawa punca kepada pelbagai penyakit adalah bakteria, virus, dan keturunan, manakala mengikut konsep perubatan timur, punca utama kepada penyakit adalah disebabkan oleh gangguan terhadap sistem peredaran tubuh(peredaran darah dan peredaran tenaga).Kekotoran dalam darah cenderung untuk berkumpul di bahagian-bahagian tertentu menyebabkan badan menunjukkan pelbagai simptom. Setiap orang akan mendapat simptom yang berbeza-beza. Ada kemungkinan keluarnya lepuh pada rahim, mioma(tumor pada dinding rahim/fibroid), sistitis(cystitis-radang pundi kencing), kurang rangsangan seksual, radang prostat, mati pucuk, sejuk anggota badan, artritis dan sakit belakang juga mungkin muncul. Sekiranya darah yang kotor tersebut dibersihkan dan saluran darah yang tersumbat dilebarkan, peredaran darah akan menjadi normal semula. Selain daripada virus dan bakteria, darah kotor juga disebabkan oleh limpa yang gagal berfungsi dengan baik untuk merawat kekotoran atau hati yang tidak berfungsi untuk membersihkan darah. Hati dan limpa adalah organ yang bertugas meneutralkan toksin dan mengeluarkan darah kotor daripada badan, dan seandainya organ-organ ini gagal berfungsi dengan baik, masalah seperti yang dinyatakan di atas mula berlaku. Jadi mengapakah organ-organ seperti limpa dan hati tidak berfungsi seperti sepatutnya? Penyebab utamanya adalah tulang belakang membengkok yang menyebabkan laluan saraf spinal menjadi sempit dan keadaan ini memberikan tekanan kepada saraf spinal akhirnya melemahkan organ yang dihubungkan oleh saraf spina ke otak.

척추가 바로서야 피도 잘 돈다

Rawatan alternatif menyatakan bahawa limpa dan hati berfungsi mengawal kitaran darah, tetapi di dalam rawatan moden pula, dijelaskan bahawa jantung dan buah pinggang yang menjalankan tugas ini. Sungguhpun begitu, kedua-dua kaedah ini bersetuju bahawa organ-organ ini berhubung dengan saraf spinal. Kebanyakan organ-organ dalaman tubuh badan kita berhubung dengan saraf autonomik daripada sendi vertebra tulang toraks(thoracic).

Dari perspektif rawatan Kiropraktik(salah satu kaedah rawatan alternatif), sendi tulang belakang bahagian toraks nombor 1 berhubung ke bronkus, nombor 2 ke hati, nombor 3 ke paru-paru, nombor 4 ke pundi kencing, nombor 5 ke hati, nombor 7 ke pankreas, nombor 8 ke limpa, nombor 9 hingga 11 ke buah pinggang dan nombor 12 menghubungkan usus kecil. Sekiranya bahagian ruas atau sendi toraks membengkok, saraf spinal akan terhimpit dan menyebabkan organ yang terbabit tidak berfungsi. Contohnya, jika terdapat masalah pada bahagian sendi tulang toraks nombor 3 yang menghubungkan saraf spinal dengan hati, maka, kita akan terdedahkepada penyakit seperti pleurisi(gangguna pernafasan) dan pneumonia(radang paru-paru).

Limpa dan hati dihubungkan kepada toraks nombor 5 dan 8, dan sekiranya terdapat masalah pada bahagian tersebut, akan menyebabkan masalah kepada peredaran darah. Menurut perspekif perubatan barat, jantung dan buah pinggang berkait dengan vertebra toraks 9-11, secara mudahnya peredaran darah berkait rapat dengan tulang belakang. Oleh sebab itu, jika ingin bebas dari penyakit yang berkaitan dengan darah, tulang belakang mestilah berada diposisi yang betul dan lurus. Sekiranya tulang belakang membengkok atau terkeluar/tersisih daripada posisi asal, darah tidak dapat dihasilkan dengan baik dan organ-organ dalaman akan mula bermasalah berpunca dari saraf spinal yang tersepit. Ini juga dapat mengakibatkan peredaran darah yang tidak baik.


Sistem saraf kita adalah sangat rumit, ia bermula daripada otak yang berhubung melalui saraf tunjang, kemudian bercabang dan berhubung daripada saraf tunjang ke sistem saraf periferi dan sistem saraf autonomik. Sekiranya salah satu daripadanya tidak berfungsi, seluruh sistem badan akan tergangu dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam keadaan tertentu, saraf spinal yang memainkan peranan penting dalam menghubungkan otak dengan sistem saraf lain mula tidak berfungsi, sistem badan akan menjadi bercelaru. Kerana itu, adalah sangat penting untuk kita berusaha menjaga tulang belakang agar sentiasa lurus.

장기와 밀접하게 연결된 신경

Terapi urutan klinikal seperti kiropraktik ada menyatakan bagaimana saraf dari tulang belakang mempunyai kaitan dengan organ-organ dalaman, di mana bahagian tulang belakang sepatutnya dirangsang untuk mengelakkan kegagalan fungsi organ-organ dalaman badan dan sebagainya. Terapi lain yang juga turut meningkatkan kesihatan melalui penjagaan tulang belakang juga menyatakan perkara yang sama. Dengan itu, jelas sekali menunjukkan bahawa saraf bukan sahaja menghubungkan otot yang digunakan untuk mengerakkan badan, tetapi juga berhubung dengan organ-organ dalaman badan kita.
Jadi, bagaimanakah tulang belakang dan organ dalam badan berhubung? Hakikatnya terdapat petikan daripada subjek utama yang diajar kepada para kiropraktor yang menjelaskan tentang organ-organ tubuh saling berhubungan dengan saraf berjudul–Perubatan Profesional Saraf Tulang Belakang.
Ini tidak bermaksud bahawa setiap satu jaringan saraf kita dicantumkan atau bersambung ke setiap satu organ-organ dalaman badan kita berada dalam bentuk rantaian. Tafsiran terhadap terapi seperti ini adalah berbeza bergantung kepada perspektif masing-masing. Walaubagaimanapun kita dapat melihat dengan sangat jelas bahawa saraf saling berkaitan dengan organ-organ badan kita.