• CONTACT US
  • SITE MAP
  • ENGLISH
top

R&D Center

Home > R&D > R&D Center

Pusat R&D Ceragem telah ditubuhkan pada tahun 2001 bertujuan meningkatkan teknologi alat urutan berhaba. Sejak itu, Pusat R&D Ceragem telah memberi penumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan alat perubatan untuk kegunaan di rumah seperti Alat Urutan Berhaba Automatik yang direka berdasarkan bentuk rekacipta ergonomik tubuh badan manusia. Sejajar dengan meningkatnya tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap kepentingan kesihatan dalam kehidupan, semakin ramai yang mencari “Bagaimana Caranya Untuk Hidup Sihat dan Panjang Umur”. Pusat R&D kami sentiasa memberikan tumpuan sepenuh tenaga dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan agar orang ramai dapat menjadikan amalan menjaga kesihatan bermula dari rumah sebagai sebahagian daripada amalan yang penting dalam kehidupan mereka.

건강을 통한 행복증진, 바로 세라젬이 추구하는 희망입니다.

세라젬의 경쟁력은 기술개발

Di dalam memberikan saingan yang hebat dan mencipta pasaran baru, Ceragem sentiasa memberikan tumpuan terhadap kajian dan pembangunan agar dapat mencapai penciptaan produk berteknologi unik. Ceragem; sebagai peneraju dalam industri Alat Urutan Berhaba di Korea, telah dikenali sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan produk berteknologi terkini yang terbaik di luar dan di dalam negara. Sejak mula ditubuhkan pada 19 Julai 2000, Pusat R&D terutamanya telah memainkan peranan penting dalam mencipta pasaran baru yang penuh dengan daya saing melalui inovasi teknologi yang berterusan.

Pusat R&D Ceragem telah membawa pembangunan teknologi yang maju dan berkembang pesat hingga menjadikan Ceragem sebagai sebuah Syarikat Berkumpulan yang memiliki beberapa buah anak syarikat alatan kesihatan. Sebelum penubuhan Pusat R&Dnya sendiri, ia bermula daripada sebuah syarikat kecil yang dilantik oleh “Small and Medium Business Administration” (25 April,2000). Setelah itu, makmalnya dimajukan dan telah diiktiraf sebagai Pusat R&D Syarikat Berkumpulan pada 25 September 2001. Namanya telah ditukar semula kepada Pusat R&D Ceragem pada 12 Mei 2005. Sewaktu mula ditubuhkan, Pusat R&D Ceragem terletak di Gangnam-gu, Nonhyun-dong, Seoul kemudian berpindah berdekatan dengan ibu pejabat dan kilangnya yang terletak di Bandar Cheonan. Memandangkan lokasi terbaru ini berdekatan dengan bahagian produksi, ia membolehkan segala tindakan segera diambil dan ini memberi kelebihan kepada syarikat dalam memudahkan urusan pembangunan produk baru. Sejak tahun 2009 hingga kini, pusat R&D telah dibesarkan dan dipindahkan ke Jeongchon-ri, Seongeo-eup, Cheonan berhampiran dengan ibu pejabat.

Untuk melangkau lebih jauh dan berdaya saing, Ceragem telah melaburkan lebih daripada 2 bilion won (1.8 million dolar Amerika) setiap tahun agar sentiasa berada di hadapan. Tambahan pula Ceragem telah membesarkan skala pusat R&D dengan mengambil pengkaji-pengkaji yang hebat dan pakar untuk terus memajukan lagi produk-produk baru keluaran syarikatnya. Ceragem telah membuat pelbagai kerjasama teknikal seperti pertukaran teknologi dan Projek Kajian Usahasama dengan banyak universiti dan pusat-pusat kajian lain.

Pusat R&D Ceragem mendapat pengiktirafan UL

UL korea
(Underwriters Laboratories)

Pusat R&D Ceragem diiktiraf sebagai UL WTDP(Witness Test Data Program-Ujian Program Data Bersaksi) dan CB-TMP (Testing on Manufacturers Premises-Ujian terhadap Premis Pembuatan) ujian makmal oleh UL Korea (Underwriters Laboratories Inc.) dan untuk pertama kalinya dalam industri Alat Urutan Berhaba industry thermal massager diterima pada pada tahun 2009. Pusat R&D Ceragem telah diiktiraf untuk sijil pengiktirafan UL dan CB/CB bagi alatan bantuan perubatan (UL/IEC/EN60601-1) yang mana ujian makmal dalaman telah dibuat dengan menguji pelbagai jenis alatan di bawah pengawasan pemerhati. Dalam mendapatkan kelayakan dan pengiktirafan sebagai Pusat R&D, Ceragem telah melepasi pemeriksaan ketat dari UL Korea untuk setiap perkara seperti kemudahan makmal, kakitangan / tenaga kerja dan penggunaan manual dan sebagainya. Melepasi penilaian dari UL Korea secara tidak langsung ia turut mengiktiraf kemudahan dan kelengkapan peralatan di Pusat R&D Ceragem serta para penyelidik kami yang mana diperakui sama taraf dengan Makmal UL. Ceragem berada di tahap ini kerana syarikat ini secara berterusan terus membuat pelaburan dan amat menitik-beratkan kajian dan pembangunan produk melalui Pusat R&D nya.