• CONTACT US
  • SITE MAP
  • ENGLISH
top

Chairman Message

Home > SYARIKAT > Ucapan Pengerusi Ceragem

건강문화 선도기업
Sejak lebih daripada satu dekad, Ceragem telah mempamerkan Alat Urutan Berhaba di pasaran untuk kesihatan dan kehidupan yang indah kepada seluruh masyarakat dunia. Dengan semangat perintis, kami telah menangani cabaran yang berterusan untuk terus menjadi yang pertama dan yang terbaik di dunia. Kami adalah syarikat pertama dalam industri ini menerajui Alat Urutan Berhaba dan kami membina asas sehingga berjaya berada di tahap yang kami duduki hari ini dengan memasuki pasaran global sejak awal lagi melalui pengwujudan rangkaian perniagaan global yang kukuh. Sekarang, kami memberi tumpuan kepada pengubahan Ceragem untuk menjadi "Rakan anda untuk kehidupan sehingga usia 100 tahun". Sebagai rakan penjagaan kesihatan yang boleh anda percayai dan syarikat yang menganjurkan gaya hidup sihat kepada semua orang di seluruh dunia, kami menyasarkan matlamat yang tinggi untuk masa depan yang lebih besar dan lebih baik.
인류 건강증진
Dengan jangka hayat yang terhad, kesihatan adalah nilai kehidupan yang paling tinggi untuk manusia. Sejak penubuhannya, Ceragem telah menjadi syarikat yang melaksanakan tanggungjawab sosialnya melalui kerja sukarelawan yang amat berdedikasi di seluruh dunia demi "menggalakkan kehidupan yang sihat buat manusia sejagat. " Dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai teras, "Berorientasikan Pelanggan, Kejujuran dan Ketelusan, dan Menghormati Pekerja", Ceragem berusaha untuk menjadi sebuah syarikat yang disayangi dan dihormati yang mana akan kekal sehingga 100 tahun dengan membawa nilai-nilai yang menyatukan semua pekerja kami di seluruh dunia.
인류 건강증진
Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan konsisten anda yang telah membantu kejayaan kami. Saya berjanji kepada anda semua bahawa kami akan melakukan yang terbaik dalam menyumbang kepada peningkalan kualiti hidup semua pelanggan global kami di dalam mencari kehidupan yang sihat dan indah dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Bagi pihak Ceragem, saya amat berharap agar anda terus memberikan sokongan dan terus mengikuti perkembangan kami.
Terima kasih banyak - banyak.